Followers

SIPUT BABI YANG JELITA

Assalamualaikum Jelitawans dan Mr Jelitawans yang dihormati,

menikmati ubi kayu rebus dicicah dengan kelapa parut diperisakan dengan sedikit gula garam enak sekali.Lebih – lebih lagi bila dimakan bersama keluarga di musim hujan ni. Sambil makan sambil bersembang. Tiba – tiba, anak buah menjerit,

” Siput babi !”

” Mana , mana…?” yang lain mula menyibuk.

” Tu…belakang kita ni….”

” Saya dah lama tengok, tak hairan pun…” kakaknya menjawab.

” Saya pun sama. Lambatnya dia jalan…Dari tadi lagi kat situ…” anak saya pula menambah.

” Adik ingatkan bawang …..” semua tergelak dengan jawapan anak kecil saya.

” Apa nak kecoh sangat…Siput je bukannya babi. Kalau babi ada kat belakang wajib kita kecoh dan lari, nanti kena rempuh dengan dia. Jenuh nak kena samak …he he he,” usik saya.

” Haaaa..ibu..Mak Long… Cikgu Sains tanya kenapa siput babi jalan lambat? ”

Wahhh…tercabar ni. Soalan Sains. Mesti jawab pun dengan fakta – fakta Sains. Idea – idea..mari cepatttttt!

” Sebab dia tak ada kaki la.”

” Salah ! ” jawab mereka ramai – ramai.

” Sebab dia ada lendir atau mukus yang melambatkan perjalanan dia.”

” Salahhh !”

Aik, salah lagi ? Tak boleh jadi ni. Mana boleh kalah dengan Cikgu Sains dia. Mak Longnya pula, saintis tu.

” Sebab cengkerangnya besar dan berat sebab tu dia lambat jalan.” Kali ini mesti betul!

” Salahhhhhhhh ! “

” Sebab dia tak ada mata.”

” Dia rabun .”

” Dia gemuk sangat.”

” Dia bodoh.”

” Dia kurang exercise.”

” Mak dia tak ajar dia jalan dengan betul.”

” Dia kenyang sangat”. jawapan dah banyak merapu….. he he he

” SALAHHHHHHHHHHHH !!!!!!!!!!!! “

Uiks, punya la banyak jawapan , semuanya salah ? Kami dua beradik berpandangan sambil tersenyum.

” Jawapannya…siput jalan lambat sebab sambil jalan sambil dia fikir , AKU NI SIPUT KE BABI? “

HA HA HA HA HA HA HA HA

Amboiiiii..kuatnya depa gelakkan kami.

Seronok la tu Jelitawans cilik dapat mengenakan Jelitawans.

Tak pa , tak pa, ada ubi ada batas,

ada ubi boleh cicah lagi,

satu hari nanti ibu balas,

tunggu la , pasti dikenakan lagi dan lagi dan lagi.

1 comment:

ibh_sue said...

Asslmkum Melur Jelita.
Hehehee..n3 ni buat sue gelak sorg2. Ada ja idea dia org ya. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Sila email ke norlailisalleh@gmail.com atau Tel : +60126803198