Followers

SIPUT BABI YANG JELITA

Assalamualaikum Jelitawans dan Mr Jelitawans yang dihormati,

menikmati ubi kayu rebus dicicah dengan kelapa parut diperisakan dengan sedikit gula garam enak sekali.Lebih – lebih lagi bila dimakan bersama keluarga di musim hujan ni. Sambil makan sambil bersembang. Tiba – tiba, anak buah menjerit,

” Siput babi !”

” Mana , mana…?” yang lain mula menyibuk.

” Tu…belakang kita ni….”

” Saya dah lama tengok, tak hairan pun…” kakaknya menjawab.

” Saya pun sama. Lambatnya dia jalan…Dari tadi lagi kat situ…” anak saya pula menambah.

” Adik ingatkan bawang …..” semua tergelak dengan jawapan anak kecil saya.

” Apa nak kecoh sangat…Siput je bukannya babi. Kalau babi ada kat belakang wajib kita kecoh dan lari, nanti kena rempuh dengan dia. Jenuh nak kena samak …he he he,” usik saya.

” Haaaa..ibu..Mak Long… Cikgu Sains tanya kenapa siput babi jalan lambat? ”

Wahhh…tercabar ni. Soalan Sains. Mesti jawab pun dengan fakta – fakta Sains. Idea – idea..mari cepatttttt!

” Sebab dia tak ada kaki la.”

” Salah ! ” jawab mereka ramai – ramai.

” Sebab dia ada lendir atau mukus yang melambatkan perjalanan dia.”

” Salahhh !”

Aik, salah lagi ? Tak boleh jadi ni. Mana boleh kalah dengan Cikgu Sains dia. Mak Longnya pula, saintis tu.

” Sebab cengkerangnya besar dan berat sebab tu dia lambat jalan.” Kali ini mesti betul!

” Salahhhhhhhh ! “

” Sebab dia tak ada mata.”

” Dia rabun .”

” Dia gemuk sangat.”

” Dia bodoh.”

” Dia kurang exercise.”

” Mak dia tak ajar dia jalan dengan betul.”

” Dia kenyang sangat”. jawapan dah banyak merapu….. he he he

” SALAHHHHHHHHHHHH !!!!!!!!!!!! “

Uiks, punya la banyak jawapan , semuanya salah ? Kami dua beradik berpandangan sambil tersenyum.

” Jawapannya…siput jalan lambat sebab sambil jalan sambil dia fikir , AKU NI SIPUT KE BABI? “

HA HA HA HA HA HA HA HA

Amboiiiii..kuatnya depa gelakkan kami.

Seronok la tu Jelitawans cilik dapat mengenakan Jelitawans.

Tak pa , tak pa, ada ubi ada batas,

ada ubi boleh cicah lagi,

satu hari nanti ibu balas,

tunggu la , pasti dikenakan lagi dan lagi dan lagi.

WEB dew..EMBUN SARANG LABAH - LABAH

Salam Jelitawans ciliks,
Ada lagi gambar embun yang paling jurugambar dan orang suka tengok.
Embun yang menitis dan terkumpul di sawang labah - labah.
Cantik sangat!

Seperti rantaian berlian...
Tengok dari dekat...cantiknyaaaaa
Betul - betul macam berlian!
Lawanyaaa
Hemmmm
Pandainya orang ambil gambar ini
Rantai berlian yang cantik !
Fuyoooooooooooooooo
credit photos: Google

EMBUN DAN SERANGGA...INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

Assalamualaikum Jelitawans ciliks...

Mari lihat air embun yang meliputi serangga. Sungguh indah dan jelita.

Seperti berlian yang berkilauan. Kalau ada betul, pasti mahal harganya.

Nampak macam diselaputi salji pun, iya...he he he

Maha Bijaksana Allah yang mencipta, Tuhan sekalian alam.

OTAK CIKGU TAK ADA !

coretan puteri 1

Assalamualaikum jelitawans … Saya bakal menjadi usahawan melurjelita.com.Terima kasih ibu kerana sudi memberi saya sedikit peluang untuk menaip blog ini.Saya Puteri , berumur 11 tahun . Saya ingin menceritakan tentang antara cikgu yang tidak mempunyai agama dan murid yang berakal cerdik.
Jelitawan dikasihi,
Ada seorang guru yang tidak mempunyai agama.Dia tidak mempercayai tuhan iaitu Allah subhanallah wataala.Sebab apa?hai… kan saya dah kata dah dia tak ada agama. Jelitawans nak tahu apa ceritanya?Mari saya cerita kan….
Begini, cikgu itu baru memasuki kelas 5 mutiara.
murid kelas 5 mutiara: selamat pagi cikgu.
cikgu: selamat pagi murid-murid. sila duduk.
CIKGU PUN MENUNJUKKAN KE ARAH KIPAS.
cikgu: murid-murid, nampak tak kipas?
murid kelas 5 mtiara: nampak…….
cikgu: maka, kipas itu ada.
TIBA-TIBA CIKGU PUN MENUNJUKKAN PEN.
cikgu: murid-murid nampak tak pen?
murid-murid kelas 5 mutiara: nampak……
cikgu: maka, pen itu ada.
cikgu: murid-murid, nampak tak Allah?
SEMUA MURID-MURID SENYAP.TIBA-TIBA MEREKA BERSUARA.
murid kelas 5 mutiara:tak…..
cikgu: maka, ALLAH ITU TIDAK ADA……
SEMUA MURID-MURID DIAM.PADA MASA YANG SAMA,MURID YANG BERAKAL CERDIK ITU YANG BERNAMA ZARNI ITU PUN BERDIRI…..
ZARNI: murid-murid nampak tak otak cikgu?
muri kelas 5 mutiara: takkkk………
zarni: maka, OTAK CIKGU TIDAK ADA…….
BEGINILAH CERITANYA…….CIKGU ITU PUN DIPECAT OLEH GURU BESAR.DAN DIA MENDAPAT SURAT SAMAN DARIPADA JAIS….PADAN MUKA!
(dicatat oleh PUTERI ANAK AYAH)

SUNAT TETAPI WAJIB…KHATAN LA…

SUNAT TETAPI WAJIB…KHATAN LA…

Kisah Teladan – Batu Belah Batu Bertangkup Era Moden

Kisah Teladan – Batu Belah Batu Bertangkup Era Moden

6 sikit, 2 ramaiiiiiii !

6 sikit, 2 ramaiiiiiii !

Ya Makkah

Cinta Seorang Ayah

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.

Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....

Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?

Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.

Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.

Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?

Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.

Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.

Melur Jelita Ciliks

salam .. blog ini diwujudkan untuk permata hati melur jelita ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Sila email ke norlailisalleh@gmail.com atau Tel : +60126803198